ni ada sikit info pasal bonsai... yang aku copy dari site rahsiataman.com... tak tau la dia bagi ke tak aku copy info ni... belasah je la... hehehe
SEJARAH
Bonsai wujud lebih kurang 2000 tahun dahulu, Negara China merupakan tempat asal usul Bonsai, Seni menanam pokok dalam bekas ini dikenali dengan nama 'Pen Zai', Semasa ini hanya golongan elit saja yang menanam 'Pen Zai'. Pen Zai di gunakan sebagai hadiah mewah.
Semasa zaman Tokugawa, maka seni Pen Zai ini berkembang di Jepun, Perkembangan seni Pen Zai bertambah pesat, Pelbagai teknik telah di hasilkan. Di Jepun seni Pen Zai dikenali dengan nama Bonsai
Seni Bonsai berkembang di negara lain sekitar tahun 1900. Di sini pokok bonsai dikenali dengan Pokok Bantut
APA ITU BONSAI
BONSAI adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud Pokok di dalam bekas. Pada asasnya Bon sai merupakan satu himpunan teknik untuk tumbesaran, membentuk, menjaga mengikut bentuk yang dikehendaki dalam saiz yang kecil tetapi pokok masih nampak asli(natural) dan berusia (lama).
PEMILIHAN POKOK
Pokok yang sesuai dijadikan bonsai ialah :
Umur pokok yang tua
Berdaun kecil
Pokok berbatang kayu
Pokok mempunyai ranting
Pokok yang tahan lasak
POKOK BONSAI
Jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan bonsai ialah :
Pokok Kesinai
Pokok Asam Jawa
Pokok Kemuning
Pokok Cucur atap
Pokok Ara
Pokok Melati
aku rasa... semua pokok yg rahsiataman.com sebut ni... semua yg boleh didapati kat malaysia... ada lagi pokok2 lain... tapi pokok2 yg susah nak didapati di malaysia... mcm2 lagi... nanti2 kalau aku dapat info lain... aku post lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan